Perjumpaan KLKM USM
Berikut adalah maklumat perjumpaan terkini:
SABTU , 7/3/2009 Sabtu
MASA 7.45 PAGI
PAKAIAN : UNIFORM LENGKAP
TEMPAT : PUSAT KO K
SILA AMBIL PERHATIAN
KEPADA NAMA-NAMA BERIKUT, ANDA DIKEHENDAKI MENGIKUTI PASUKAN KAWAD KELANASISWA BAGI MEMPERBAIKI GRED ANDA:
DHANESH A/L MADHAVAN P8
MEGAT KAMARUL IHSAN B KAMARUDIN P7
MUHAMAD HISHAM B MOHAMMAD LEE P9
PAVITRA A/P KRISHNAN P9
SITI ROHAIDA BT OMAR P7
NURADLINA BT ABD. RASHID P4
SYUHADA BT ABU BAKAR P4
ERISHAHRAIZAL BT SAZALI P1
KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI, SEKIAN

Selamat Datang ke blog KLKM USM sidang 2008/2009
Untuk makluman semua ahli, sebarang informasi tentang aktiviti KLKM USM sepanjang sidang ini akan dinyatakan di dalam blog ini. Diharapkan semua ahli dapat memanfaatkan kemudahan ini demi kebaikan bersama. Sebarang komen ahli amat dialu-alukan.
Bersama kita bekerja bersama-sama demi mengangkat martabat KLKM USM pada sidang ini dan sidang-sidang seterusnya. Sekian, terima kasih.
Lambang Pengakap
|
| Lambang Pengakap Malaysia Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia. |
| | |
|
| Lambang Pengakap Dunia Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan. |
| | |
Simpulan dan Ikatan
BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal
BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.
LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin
SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak
TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga
SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai
LILIT ( Taut-Line )Kegunaannya : -Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah